Search


*ANGIN PERUBAHAN DAPAT DIRASAI DI MUAR*
  • Share this:


*ANGIN PERUBAHAN DAPAT DIRASAI DI MUAR*

Memang benar saya kerap turun Muar. Ini kerana saya percaya Muar yang merupakan bandar diraja dan juga mutiara johor adalah kunci untuk Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

Untuk makluman YB Dato’ Razali bin Ibrahim, setiap kali saya turun Muar, saya ditanya kenapa pemimpin yang kami pilih masih bersekongkol dengan perasuah negara walhal pemimpin jiran di Pagoh berani bersuara menentang golongan Kleptokrat. Rakyat Muar bertanya mengapa pemimpin mereka tidak ambil kisah tentang kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Penduduk Muar terus dengan soalan mereka mengapa mereka sukar mendapat peluang pekerjaan meskipun pada hari minggu kita melihat lambakan warga asing membanjiri Bandar Maharani. Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia, katanya jumlah pekerja asing yang memiliki Pas lawatan Kerja Sementara pada 2014 mencecah 2.1 juta manakala pendatang tanpa izin seramai 4.6 juta. Rakyat Muar bertanya mengapa mereka diketepikan.

Setiap kali saya turun ke Muar, saya diaju pelbagai soalan. Soalan-soalan yang menunjukkan tidak kira lah siapa yang bertanding di Muar, Penduduk Muar peka dengan realiti nasional dan lokal. Angin perubahan semakin dirasai di Muar. Apa yang saya boleh katakan di sini, Pakatan Harapan mendengar suara penduduk Muar. Pakatan Harapan ingin membangunkan Muar kerana kami percaya Muar adalah mutiara Johor.

Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman
Ketua Pemuda BERSATU/PPBM


Tags:

About author
not provided
- Member of Parliament for Muar - Co-Founder MUDA -Law graduate at IIUM - Academic Fellow, Temple University, Dialogue Institute on the Art of Dialouging & Religious Pluralism -Master in Public Policy, Lee Kuan Yew School of Public Policy, Singapore.
View all posts